Thursday, September 30, 2010

menjadi jugakkk.. alhamdulillahhhh

juadah yang disediakan sempena hari itu. cucoq udang sumbangan dari kawan, noraini nama diberi. sangat sedap hingga menjilat jari.

kek coklat kukus juga hingga menjilat ke siku. mujuq ada lebihan kek yang cair hingga ke tray, habis licin tepi-tepi tray tu depa sapu coklatnya. semua mintak nak tambah lagi kek. opsss.. makan sorang sepotong saja yer..hehehe

bihun yang dimakan dengan kuah laksa. ni untuk orang yang teror makan saja, sapa yang tak reti, sila makan bihun macam biasa.

puding laici yang mendapat sambutan menggalakkan. mudah jer nak sediakan puding nih. selalunya benda yang mudah dan senang ni lah yang paling laku sekali.

kawan-kawan yang hadir menolong dan menolong makan juga. jangan tersilap teka, itu bukan mak kanak-kanak ribena nih. mama nya di belakang itu ya. mama jugalah yang teror buat cucoq udang sedap itu. tq kawan-kawan yang datang menolong.

rombongan cik kiah sampai dalam tiga batch. yang first dah balik dah lepas dapat duit raya. bila second n third bertemu, maka riuh macam ni lah. yang penting bila kamera dihala, pose mesti power. makan letak tepi dulu. ni semua anak-anak tahun 4.
bila dah kenyang perot, kita ambik gambar lagi. jangan lupa posing. masing-masing tak lupa tanda peace tu. mana depa dapat dakyah ni tatau la. suka sungguh angkat jari macam tu. yang paling tak tahan soalan depa:

teacher masak sendiri ka semua nih?
tak aihhh.. bibik teacher la masak....

boleh ka aku wat nih???

check list.. check list.. check it out...
  • kek choc dah siap kukus. mujoq jadi. baru try hari ni. choc cair sudah dituang atasnya. penoh melimpah hingga penuh tray cake baru aku.
  • puding laici dah siap mengeras dalam fridge. 1 loyang cukup la kot.
  • kuah laksa baru separa siap. sebab apa separa nih? asam keping tarak, aku hentam asam jawa ja. daun kesom pon tadak. besok baru nak p beli.
  • air gula dah siap.
  • air masak dah penuh tapawe.
  • ais dah buat 3 ketoi besaq.
  • cili dah blender.
  • sawi dah basoh.
  • karot dah di julienne (kalau tatau sila google apa natang nih)
  • ayam dah potong kecik-kecik.
  • udang dah siang, tinggai ekoq saja, senang nak makan. stylish sikit wat camni :P
apa aku wat list banyak-banyak nih. besok nak wat kenduri sikit. kat anak-anak. sejak 7 tahun lepas, tiba-tiba aku ada banyak anak. sejak balik cuti raya, dah 2 kali anak-anak aku datang nak beraya kat rumah. tapi kena reject. hehehe jahat tul aku. suroh datang balik, nanti ticer bagi hari dan jam datang raya ramai-ramai. agagagagaga..

menu besok sempoi jer. bihun goreng sempoi. semua serba serbi sempoi. padanla ticer orang bujang. lagipon besok skul, kang nak wat macam-macam, tak termasak kang.dah la ticer jer yang nak masak sorang-sorang nih. sebab apa lak ada kuah laksa nih. haaa.. ni la cara paling sempoi makan bihun goreng. curah kuah laksa atasnya. ni cekna la ajaq.

kue raya pon tadak nih. sian kat korang. makan jer la apa yang ada yer anak-anak. sapa banyak komplen, nanti kena potong markah..kekekekeh.. kawan-kawan pon jemput 2-3 orang jer. besok spesel untuk anak-anak jer. ehh.. wet raya aku ni cukop kaa.. mo datang 1 skolah, mampoihhh :))

semoga dipermudahkan segalanya besok nih. aminnn

Tuesday, September 28, 2010

serangggggggggg!!!!

open house merata-rata. tiap-tiap minggu. makan. makan. makan. makan lagi sampai semput dan sendat perot. kalau tak p, sian pula kat kawan-kawan. orang berharap sangat kita p, dimasak banyak-banyak untuk menjamu. kang tak habis, membazir pulak makanan tu. besar hati tuan rumah jika tengok makanan dia laku semua.


kejadian di gambar ni semua berlaku dirumah kak uda di alor star. semua geng turun dari penang. baguih betoi depa nih. kebetulan masing-masing ada di kampung sekitar kedah saja. kami ambil kesempatan berjumpa dengan kawan lama yang dah berpindah. kak uda balik ke AS, syohaida ke langkawi. shila yang ke KL jer tak jumpa, ada hal lain. kalau dah ke rumah kak uda ni, banyak la makanannya. kalau kat skul dulu, dia la ketua pot luck n masak-masak. laksam sedap yang dia order, biskut rangup yang dibuat sendiri bersama anak-anak daranya, kek choc moist, ketupat dan rendang rusa. bila dah kenyang, apa lagi, snap snap snap laa. kamera kecik ka besaq ka, masing-masing posing tak henggat. perut dah diisi, maka senang la nak senyum. itu semua dirumah kawan-kawan. rumah sendiri pula buat apa? selalunya masakan mak kita la. yang paling dia teror sekali. sekali pekena ja, mesti orang tringat punya. bihun sup lah makanan rutin semasa hari raya. kena pulak ngan kaki lembu, jadilah sup gear box. makan banyak-banyak pening la. kalestrol berlambak. selalunya kami kat rumah dah magli dengan sup ni. bagi kat tetamu yang datang ja.

Saturday, September 25, 2010

Penat otak den

Alhamdulillah, dah settle semua tdi. Penutup bulan kemerdekaan yg terpaksa ditangguhkan tah ke berapa kali dah. Semua gara-gara masalah yg tak bley dielakkan.

Mewah betoi budak-budak ni dapat hadiah tdi. Bertuah nya korang. Rezeki syawal. Selalunya kalau buat event, paling hebat pon, dorang dapat tapawe LongWan. Bajet ciput, hadiah pon ciput la.


Balik kampung masa coti raya,aku terjumpa kedai murah ni. Mak pon rambang mata ngan bunga dan pasu yang dijual. Semua barang rasanya made in thailand je ni. Sebab tu bila masuk kedai jer, ku terasa macam dok kat Padang Besaq lak :p


Hadiah ni kalau beli kat supermarket mo cecah 6-7 hengget. Tapi kat sini cuma 1.6-2.80. Sebab tu boley bli banyak barang. 2 meja jugak la kami susun hadiah, dengan hamper food stuf la, piala laa.. Memang berbaloi la sapa-sapa yang menang tu.

Antara aktiviti yang dijalankan- folio terbaik kajian tempatan dan sivik, basikal merdeka, koir merdeka, pakaian tradisional terbaik, kuiz dan mewarna 1malaysia.

Ingatkan keja aku dah habih. Rupanya drama english plak pasni. Dateline sangat dekat. Hapa benda tak start lagi. Eeeeee.. Wat haku hangin saja ngan sikap sesetengah manusia ni. But tat another story.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...