Showing posts with label famili cek. Show all posts
Showing posts with label famili cek. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Bilik Puaka

luasnya ada la sekangkang kera.
dalamnya cuma ada sekatil double decker yang bahagian atasnya jadi tempat meletak bantal dan selimut. tersusun rapi dalam sejam.
kendian berselerak semula bantal-bantal tersebut.


biliknya cuma ada tiga tilam.
single size.
semua disusun molek di bahagian bawah katil double decker tu.
bila time nak tidur, susun molek bertiga.
kadang-kadang sorang satu tilam.
kekadang setilam tidur dua orang.
bergantung pada size badan atau ramainya yang datang bertandang.


biliknya sejuk walau panas terik membahang diluar.
tilamnya sejuk walau baring di tengah hari.
tilam kekabu yang agak susah nak cari di pasaran.
juga bantal yang turut disumbat dengan kekabu.


tapi kenapa puaka?

kalau dah masuk ramai-ramai dan malas nak keluar lepas tu,
kalau dah tidur hingga payah nak bangun keesokkan harinya,
kalau dah kena dijerit nama sorang-sorang baru nak bangun,
tak ke puaka namanya.
nyusahkan orang tua.
hiks..



bantal kekabu yang bukan dari bilik puaka.


hampir semua anak cucu arwah che su suka berkumpul dalam tu.
aku sendiri tak ingat nak balik tidur kat rumah.
kami baring-baring, bercitceting, bergossipping dan bersleeping.
dari kecil hingga ada yang dah berkahwin.
tetap nak melepak dalam tu.


memang puaka.


*pic ciloks from: http://kualakangsar.olx.com.my/produk-kekabu-asli-kuala-kangsar-iid-85210865

Monday, October 31, 2011

malang tak nampak

Aku pernah tengok a friend pegang tudung periuk buat shield masa goreng ikan.

Aku pernah melompat kesakitan masa minyak meletup terkena kaki takala menggoreng sotong goreng tepung.

Dan aku tak dapat bayangkan bila isi kuali panas tertumpah dan tercurah pada kaki mak. Not the normal size kuali in our kitchen. I'm talking about those gedabak one that you see in pasar malam.

Dah 30 tahun meniaga, ni pertama kali kejadian macam ni berlaku. Alhamdulillah ada abang penjual ayam goreng berhampiran. Disambarnya telur dari peniaga murtabak. Ambil putih telur dan ramas dengan pucuk ubi kayu. sapu kat kaki.

Ambulan datang dan those paramedic basuh dan sapu cream putih. Sejuk kata mak. Tahan di Kecemasan tu sampai 6jam pastu doktor suruh balik berehat. No swollen katanya.

Esoknya baru mengelembung kaki dan jari-jari. Bawa mak semula ke hospital. Dapat injection, doktor suruh hati-hati, jangan sampai pecah kulit tu. Makcik boleh balik rehat kat rumah.

Three days later, kaki mak rasa berat. Pergi klinik kesihatan,
"laaa..awat depa tak buang ayaq bisa ni. Tu yang berat kaki makcik. Meh sini kami buat"
Dekat separuh tapawe aiskrim tu dapat air bisa.

10 hari kemudian, luka dah menanah dan bengkak. mak abah bawa ke hospital semula.
"Kenapa makcik biar lama ni tak mai hospital!!"
Makcik pun apa lagi. habis dia cerita A sampai Z. Doktor yang suruh makcik balik tempoh hari, tunduk diam je time tu.

Maka bermulalah hidup mak dalam wad hospital gomen. Dapat bilik single bed sebab nak elakkan bacteria infection. Ok la ni mak. Kekonon dok private hospital eh.

Mulanya doktor kata kena buat minor operation. Nak buang dead skin yang dah jadi hitam kat kaki. 3 hari juga puasa, sebab op ditangguh.
"Kita bagi orang yang serius masuk dewan bedah dulu ye makcik"

Bila doktor pakar datang, dia cakap tak payah op, cuci saja sampai luka sembuh. Paling siksa time buka dressing tu. Isi terlekat di kain. 7.30am doktor pelatih buka, around 10-11 doktor pakar check, lepas tu baru nurse cuci dan balut.

Mungkin kena stay lima hari lagi kat sini.
Rehat lah ya mak.

Wednesday, May 4, 2011

kehilangan yang dirasai

lama cek tak update. blogwalking pun dah jarang. ni baru pertama kali merasa pegang lappy dalam seminggu ni. selalu check blog dari handphone saja.

sebenarnya makcik cek chun meninggal di IJN. first time arwah ke sana untuk check jantungnya. selalu ke hospital di alor star saja. pagi jumaat 3.30 pagi, cek dikejutkan dengan panggilan telefon dari adik.

'macam mana nak habaq kat hang arr..errrr... lang aji dah takdak"

terkedu seketika. lagi terkedu bila tetiba pakcik yang cool menangis teresak-esak di bahu tok imam. dua minit yang betul-betul buat kami semua hiba. tumpah juga air mata lelaki yang dengan tenang menguruskan segala keperluan untuk jenazah isterinya.

masih terasa sejuk dahinya kala cek kucup buat kali terakhir. moga lang aji tenang disana. ditempatkan dengan roh-roh mereka yang beriman.

alfatihah.

Saturday, February 12, 2011

jeles atau cemburu?

sudah sebulan mak cek chun berniaga di gerai tepi jalan sana. makin hari makin ramai pelanggan. biasa lah. berniaga apapun, mula-mula memang orang belum kenal. bila dah rasa, nanti adalah peminatnya. mak gajikan kawan-kawannya yang sudah dipecat dari kantin sekolah. mak memasak, chu nah membancuh air dan sorang lagi melayan pelanggan.

pakcik Cek kata - apa pelayan tua semua ni. macam mana customer nak ramai. tak mau ambik perempuan siam ka? nada gurau yang keras, tapi mampu buat kami semua terbahak-bahak ketawa. termasuk orang yang dikata. tak lama kemudian, bisnes makin maju. minuman saja dah kena order ais ketul sampai 12 beg dari lori ais putih Atlas tu. memang port gerai tu bagus. tempat orang lalu lalang.

mereka memang pulun sunggoh. mak siap buat banner. katanya daripada duduk saja, lagi dia sakit. lagipun dia boleh tolong kawan-kawan. mak dapat sakit jantung dan gout. tapi kalau bab masak, sakit apa pun dia tak ingat dah. hari-hari memang kena makan ubat. tiga kali menginap di CRW di Sultanah Bahiyah.wad spesel untuk orang sakit jantung.

Cek pun siap berkempen dalam blog dan pada kawan-kawan. jangan lupa wei pi makan bihun sup tok milah. ayat tu lah cek sibuk dok shout kat kawan-kawan di FB dan di sekolah. tu memang specialty mak. satu lagi ayam percik madu. memang dah biasa berniaga di pasar malam, semasa jom heboh dan sua rasa celcom dan juga di bazar ramadhan di kepala batas, penang.

dan tadi, dengan suara sayu, mak cakap gerai dah tutup. tuan asal gerai dan tuan gerai sekarang sibuk bergaduh berebut tapak. tuan tanah sekarang dah tujuh tahun ambil alih gerai tersebut. bila dapat tender kantin, dia offer sewa dekat mak and the gang. bila tuan tanah asal tengok bisnes masyuk, baru sekarang nak ambil balik gerainya. tujuh tahun tu. TUJUH!! sebelum ni takda rasa ka nak ambil gerai tu?? what the fungkeong kan.. pantang tengok orang lebih sikit, terus nak celah kat kona (corner).

mak malas nak berniaga lagi. tak mau terlibat dengan gaduh-gaduh semua. buat semak perut saja. barang untuk berniaga abah dah beli penuh peti ais gedabak tu. besoknya baru depa start bergaduhnya. memang Allah nak uji sunggoh. sekarang jenuh nak perabih stok.

cc: pening kepala tengok perangai sesetengah meleis nih.

Wednesday, October 27, 2010

kerinduan membuak-buak

 tetiba teringat budak kecik ni. nama manja KUJER, nama betul rahsia. abang dia yang bagi nama manja tu. bila dah besar, semua orang dah panggil dia dengan nama betul. tinggai chun saja yang pangey dia kujer lagi.
 kujer paling suka kalau kak chun dia balik kampung. nampak je kereta, dia dah boleh bangun dan terus p mandi. aah.. betoi la tu. terus p mandi. bukan dia nak sambut kak chun. lepas dah mandi pakai baju cantek-cantek, baru dia akan senyum dan cakap - kak chun nak p tesco kann..

 dia dan tesco memang akrab. pantang disebut. nak ikot manjang. bukannya ada apa pon. agaknya dia seronok naik kereta kot. sampai ke tesco, dia dengan gigihnya akan ikot saja kakak-kakak berjalan dan shopping. dalam troley tu bukan tempat dia la. sori.. nak jalan sendiri ok.
paling dia suka posing dan nyanyi. dengar saja lagu kat radio, dah boleh hafal. tapi bila suruh masuk princess fashion show, tak pulak dia mahunya. stage fright ke? sebenarnya malu macam apa lagi. tu pon ada hati nak masuk bintang kecil.
 seee.. chomey kan dak ni. anak sapa la ni. tapi sangat la manja dengan mak dan abah dia. si abang tak boleh sentuh sikit. mau melolong dia nages. tapi kalau dia pukul abang, boleh la plak. selalu dia la kaki buli nya.
bila dah ada geng dan mesra, baru la nak tunjuk belang. masa ni suroh la apa pon. menari? menyanyi? pusing-pusing? semua dibuat dengan mudah saja. besr fren nyer ni anak sedara chun. alia namanya. dia pangey kujer makcik baby.

Friday, October 22, 2010

abah owhh abah

pagi-pagi kemarin dah dapat sms n a few mis calls from my family members. dah dekat 2 jam baru perasan. tu pon sebab tertengok hp tu. mak bagitau dia kat emergency GH ngan abah. abah batuk-batuk kuar darah. banyak jugak kata mak.  tapi dia takmau ke klinik. jenuh pujok.

mula tu depa pi ke poliklinik ja. lepas ambik sample darah, doktor bagi surat iringan ke emergency sana tu. suruh p check terperinci. lama juga depa tunggu lepas x-ray tu. masa tu la mak call semua anak-anaknya. dekat 3 jam baru x-ray tu siap dah boleh jumpa doktor. hmmmm.. banyak sangat kot x-ray depa nak kena develop. kalau private hospital ni 15 minit dah siap.

doktor kata paru-paru abah dijangkiti kuman. satu je caranya. makan anti biotik. kalau tak lega gak, in 5 days sila hadirkan diri ke GH sekali lagi. mak cakap tak payah balik la. adik dan suami akan balik teman mak dan abah. baru tadi cek call mak, rupanya abah dah p meniaga!!! isk..isk..iskkkkk.. abahku. batok dah tak kuar darah, terus dia rasa sihat.

Wednesday, September 8, 2010

setat dah mengecake

malam ni semua pulun sakan. aku kat dapur buat brownies. mak ngan nuon kemas rumah. habis semua perabot depa atoq balik. ingatkan kat ruang tamu tu memang nak wat stail jopun dah. duduk bersila semua. rupanya depa pulun p atoq balik sofa.

dengan adik-adik semua kena kerahan tenaga. dah pukul 12 baru depa kalot nak mengemas. apa kena tah masing-masing. rumah macam disambar garuda. yang lelaki sibok kemas bilik depa. penoh sampah bawah katil..iskkkk.. burok benor prangai. macam mana la depa tidoq tu.

brownis dah rabak sesuku. nuon punya pasai la nih. tak sempat benda tu nak sejuk. dah kena potong. ni nak makan raya ke posa..aishhhhhh :-w

besok nak buat kek choc pulak. Lang dah buking suroh tolong dia wat samprit. tak menang tangan la camni. sejak balik kg nih, tak sempat nak p mana pon. bazar ramadan pon tak ronda lagi.

Friday, August 27, 2010

shopping raya

tengah sronok dok rehat kat rumah, makcik kol, bagitau dekat lang ngan mak yang jakel ada sale. kat sana ada juai tikar buluh dan kapet murah. apa lagi depa nih. dengaq ja teruih tak sabaq nak p la. sebenarnya sale tu dah dua minggu dah. aku saja wat derk. tak habaq kat depa. kehkehkeh. satgi depa kalot macam ni la.

tikar buluh tu memang murah pon. kalau harga biasa dua helai seratus, saiz besar. mak lang pernah beli kat pasar malam 3 helai seratus, memang berbaloi-baloi. tapi payah la nak jumpa lagi yang murah. dok belek-belek dalam khemah depan jakel tu, dengan panas maha hangat. dekat sejam baru depa pilih barang.

depa pakat beli kapet dari mesir 150. buy 1 free 1. memang berbaloi, dengan lembut lagi, corak pon menarik. tikar buluh plak beli sampai 3. sebab ada jiran order. sebelum bayar, siap roger-roger Ayeh suroh datang ambik dengan lori :))

lepas siap angkut semua barang, Ayeh dah siap nak jalan dah. tetiba budak-budak yang keja dekat jakel tu tahan lori. bang, bang, nak tengok resit sat.. wahhh... semua orang sudah pandang-pandang, jeling-jeling. aku lak masa tu ada dalam kedai ariani. kecoh la sat. sambil gelak aku tanya budak-budak tu - ingat kami nak pau barang hampa ka? maaf la kak, tapi kena tengok resit sat. sebab tadi ada barang lain sama dekat barang kak ni.

wahhhhh.. mujoq posa, aku kool saja, tunjuk resit, cek barang pastu depa mintak maaf. apa la punya servis depa nih. tadi awat tak kalot nak cek sebelum barang naik lori. Lang aku plak sangat hangin kalau datang jakel ni, salesgirl asyik ikot je, sampai tak reti dia nak pilih barang.hehehe sabo je la

Saturday, August 21, 2010

pesta ria

lama tak p funfair. ni gara-gara melayan Kaya la nih. budak kecik nih. dengaq ja orang sebut funfair, melompat nak p. apa yang bes pon tatau la. ada banyak lampu kot :))sampai ja sana, truih dia p gerai tikam-tikam tuh. cam biasa la, gerai kaut itik tipu tu la dia tuju dulu.. no no nooo... nak men ride boleh ya. sori la nak tikam-tikam nih. nak kena tikam ngan kak chun ka :-w muka tak pueh ati sebab kena nek keta ni.. sila betuikan ayaq muka k
anak pak arab sesat. kool aje dia naek ride oltroman nih.

kami pakat-pakat naek benda alah nih. kena sampai 3 token sorang. mujoq bangla tu bagi kami pusing lama-lama. sempoi ahhh. lama aku tak naek benda alah nih. kebetulan baru ja reda hujan renyai-renyai.angin pon menderu-deru la. goyang jer atas tuh. Kaya sampai pegang tangan kak dia kuat-kuat. muka cuak semacam ja..hahahaha padan muka nak naek sangat..

Sunday, June 20, 2010

my daddy kool

happy father's day abah.. hehehe.. ni la dady kool aku. ni kuon punya panggilan la nih. bodek sikit je dia dapat macam2. bab tu dapat daddy kool tu.ampeh nyer kuon :P

ni abah in action. keje dia ari2 juai menda alah ni la. skarang kan musim duyan. adoiii..terlioq de.. pic ni was taken at parit buntar nite market. jaoh tul dady merantau p mencari rejeki. dia keje ngan adik2 laki yg seramai 2 orang tuh.

tengok janggot power tak..hehehe

Thursday, June 10, 2010

happy mother's day

1st time ni sambot mothers day siap ngan kek bagai. saja ja ari tuh aku planning ngan adik. konon2 nak wat surprise sama mak. kami p tesco soping mcm biasa.tgok2 ada promosi kek nih. bli kek dapat carnation lagi ;))

mak n adik yasin. mak potong kek, tukang perabih kami2 n kazen2 la.. besa la..orang tua mana mo makan mcm2 nih. aku hadiah kek n kain pasang cotton. tapi dia tak tgok lagi kaen tuh.konon2 nak wat surprise lagi bila baju dah siap :P
comey kan kek nih. bli kat kedai feberet kat KINGS. slalu dok makan puding yg djuai kat sana. ske sunggoh aku ngan puding2 nih.. ada kacang merah, cendoi, n yg kalerful cam pelangi.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...