Showing posts with label segmen. Show all posts
Showing posts with label segmen. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

saya seorang blogger yang aktif

ben buat segmen baru lagi.
sapa-sapa yang rasa aktif, boleh la join
kalau tak tau, boleh saja klik kat sini haa.
cek chun ni aktif ka
boleh laaa.. :-p

Monday, February 7, 2011

Gegar 1000 blog oleh Ben Ashaari

bila dah nampak header ben nih, tentulah masuk segmen lagi. 
kali ni dia nak gegaq 1000 blog pula.
hari tu dah 500. 
sekarang dia up lagi kasi seribu. 
lenguh tangan tak ben?


sapa saja nak join boleh ja, 
senang saja.
letak header, tajuk yang ben kasi tu. 
dan jangan lupa ayat keramat kat bawah ni. 
jeng.. jeng ... jeng....

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS DAN MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

betoi. betoi betoi...
memang cek suka sangat baca blog.
menulis lagi cek suka.
tapi tak boleh la lawan otai tuh.
satu hari berlambak-lambak entry.
ni nak tulih satu pon dah ketaq.
tapi cek cuba juga.

lambat pula kali ni nak join.
brodben buat hal ler.
hanginnn....
ni pon guna wifi gomen.
aippp.. dah habis kelas maaa..
cek stay back buat kerja sikit.
sambil-sambil ja nih.

okeh incik ben.
moga dipertimbangkan permohonan lambat ni.

'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
cek chun

Wednesday, January 19, 2011

jom gegar blog

nampaknya incik ben menganas lagi. ni lah segmen terbarunya. dah lama rasanya cek chun tak menjoinkan diri. kang kalau cakap sibuk, ada orang bising lak. oklah.tak sibuk, sebab tu tak join segmen ben yang sampai 500 blog tu. 

macam mana ben nak gegar? kita tunggu lah besok malam. tarikh tutup segmen ni malam besok lah. tomorow night. kalau nak extend lagi tarikh tutup, pi sendiri bodek ben dengan ayam kenny rogers sekoq. tu pun kalau dia layan.

nak tau berita lanjut, sila lah ke blog ben ini. 

Tuesday, December 28, 2010

500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : Soalan Bonus 2


500 BLOG MENCARI HARTA KARUN : Soalan Bonus 2
kali ni cek chun rasa 89 blog yer incik ben


p/s ini kalau silap gak, mau harakiri la. empatploh kali baca syarat nih :p

sipi sunggoh wahai incik ben ashaari

pagi-pagi buta cek chun dah belek blog ben. 5 pagi to be exactly. kena bangun awal la, sebab nak mandi sebelum depa potong water supply satu hari ni.  lepas tu tangan laju je capai hp sebab nak tengok result soalan bonus semalam.

tu dia aihhh!! sipi-sipi nih. kemenangan tak dikira kerana tak cukup syarat! melepas. padan muka aku. sipi saja tu. kalau tak, huhh. mau jadi sticky post kat blog ben. 12jam pun cukup la. waaaaaaa... menyerit kejap chek chun di pagi dinihari.

sebenarnya jari cepat jer tekan nombor 67 tu. masa tu ngah hangin satu badan sikit. al maklumlah cari list blog 500 tak jumpa-jumpa. bila baca komen, depa pakat kata ada jer dalam blog ni. cari la kiri kanan atas bawah. huh!! merata doh cari. berpinau bijik mata tau ben. punyala excited nak bertanding. hehehe... (gelak sopan ben ashaari)

bila dah asyik dok kelebek semua link yang ada, chun cuba la teka jumlah blog tu. laju jer la tekan sampai tak baca pun syarat betul-betul. hehehehe.. meleleh ayaq lioq je la.

jadi nasihat untuk diri dan sesiapa saja yang nak masuk segmen ni, sila baca betul-betul syarat naa. melepas kang gigit jari je la. hukhukhuk

Sunday, December 26, 2010

500 blogs!

cek chun teringin nak join segmen terbesar ben ashaari ni. dibuat untuk menyambut tahun baru alaf baru. dari dok nganga lama-lama tengok bunga api, baik kita blog walking :p

untuk segmen ni, kena cerita serba sedikit pasal diri. cek chun dah tujuh bulan berblogging dan suka menulis. mulanya rasa berkarat la tulisan tu sebab tak berjaya mengapai bintang idaman. namun Allah tu maha adil dan mengetahui. dibidang sekarang pun cek chun tak berhenti menulis juga. lol. siap kena tanda-tanda dengan pen merah lagi.

tujuan berblogging untuk meneruskan niat dihati. menulis di kala senggang. meluahkan apa rasa hati. juga sebagai stress reliever.

dan ni url cekrasala. 

jadi kalau anda nak join sama, klik saja pada link di atas. ben perlukan 500 blog. moh la kita :)

Tuesday, December 7, 2010

Seronoknya...

Seronoknya hujan di pagi ini
Seronoknya boleh merekot atas tilam lagi
Seronoknya tak payah mandi pagi
Seronoknya dengar hujan bunyi
Seronoknya mengelamun sambil type ini

Seronoknya blogwalking malam tadi
Seronoknya join segmen Ben Ashaari
Seronoknya buat entry jejaka single ini
Seronoknya boleh buat orang senyum nampak gigi

Seronoknya nampak follower bertambah
Seronoknya komen juga melimpah
Seronoknya gara-gara jiran sepagar ramah
Seronoknya cek cuma menumpang tuah

Seronoknya walau masuk list cuma
Seronoknya macam dah menang berganda
Seronoknya bertambah kawan-kawan maya
Seronoknya menjalin silaturrahim sesama
Seronoknya
Seronoknya
Seronoknya

Cc: geleng kepala sekamar rindu kalau dia baca puisi cek ni :-p

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...