Showing posts with label tembakan tepat. Show all posts
Showing posts with label tembakan tepat. Show all posts

Saturday, June 18, 2011

another blog??

DSC_1347 by cek chun
DSC_1347, a photo by cek chun on Flickr.
cek dah ada Flickr album. baru je try kelmarin. campur ni kira dah ada 3 benda nak kena update selalu kat alam maya nih. chaiyok cek chun. pulun sampai urat tangan kejang. tapi kekadang tu tak terdaya jugak nak update semua benda. nak blog walking lagi. dah sebab minat, i'll try my best. bz bukan lah alasan. chewahhh...

gambar moss ni cek chun aplod sebab terkena tempias gadis bunga. gambar dia tak pernahnya tak cun. haishhhhh.. manjang telan ayaq lioq bila singgah blog dia. bukan sebab lapar tapi sebab picthas lawa-lawa seh. takpa cek chun. lepas ni pulun menembak sampai tak henggat duniya lak.

Wednesday, June 15, 2011

Monday, March 21, 2011

bulu sakti

sakti sungguh hingga  bisa membuatku pening sampai seminggu
berpeluh ketiak dari pagi sampai petang
merayau merata-rata mencari sumber dan idea
lagi dua hari ke misi kemuncak
lepas tu T A M A T

boleh la lepaskan lelah di dada
ehh.. dah habih ke lepas tu?
mana ada erti selesai dalam kamus pekerjaanku
takpa, kita buat pelan-pelan....

Thursday, March 17, 2011

buatlah muka macam mana pun, anis tetap comei


nganga ka
sengih ka
 garang ka 
atau nganga lagi...
sepetang di rumah cek chun. masing-masing sibuk nak menolong auntie buat pai. makan tak banyak mana pun. seronok nak menggelek dan melecek apa yang ada atas meja tu.

Monday, February 28, 2011

betul ke ini yang ku rasa???

penat.
penat hati
penat badan
penat minda
penat lelah

i need air
fresh air
cool breeze air
PERHENTIAN!!!!
i'm coming.
tak kira
by hook or by crook!!!

Thursday, February 24, 2011

yang di idam sudah dapat

kue pau cecah durian kampung. terbaek dari ladang
minggu lepas nampak di tepi jalan market kat pekan tu. kaki dah langkah ke sana. tapi hati kata,
'jangan, mahal lagi tu. awal musim lagi'

besoknya kat tempat kerja,  ada hamba Allah ni dengan perasaan tak bersalah;
'hampa beli tak durian kampung tu semalam. dia kata dari Baling. aku makan sampai sebijik tak panas pun weh. isi tebai, biji halus saja. isi tebaii weiii.' (kat tebai tu memang dia sengaja stress kan the pronunciation)

mode: telan ayaq liyoq sambil dengar dia cerita. dalam hati kutuk sakan sebab tak biarkan kaki melangkah ke pakcik van tu.

tadi, belum pun kaki sempat mencecah tapak pasar malam, hidung sudah ada bau. ya... sudah mari.. seminggu mengidam deh. tiga biji sepuluh hengget saja. lepas ni boleh buat kenduri. sapa nak makan pulut dengan durian sila angkat tangan sekarang!!!

nak tambah sikit nota untuk solihin hijau zubir: 

sebenarnya nak makan durian tu dengan roti. macam buat kaya. sapu saja dengan durian banyak-banyak atas sekeping roti dan ngap dengan jayanya. tapi stok yang ada cuma sebiji pau daging. jadi ambik saja bahagian putih pau. pastikan daging tak melekat sama.

kang melugai dalam perut. tak pasal-pasal kena jumpa doktor aidid pulak. rasa nya jauh panggang dari api dari pulut durian. sama macam makan dengan roti.

Sunday, February 20, 2011

pen merah pen biru you marah i wat tak tau

pen merah
pen biru
you marah 
i love you 

mesti pernah dengar pantun tu kan
pantun yang sangat pemes masa kita sekolah rendah dulu
budak darjah dua pun dah tau tulis pantun tu
tapi sekarang budak darjah dua tulis
'awak ada facebook
add la saya'

yang paling cek hairan
kenapa kita tulis pantun tu masa sekolah rendah
padahal masa tu kita mana ada guna pen
mati kalau cikgu tengok
mau dia katok tangan dengan pembaris
'hang kena guna pensel la
baru la senang padam'


macam mana lah budak-budak tu dapat bahan buat pantun ni
mesti pi sekolah saja dok tengok cikgu
pakai baju apa
pakai pen apa
pakai tudung macam mana
pakai beg sama warna dengan kasut ka
semua depa perati

jangan tak percaya
bukan budak perempuan saja
baru ni budak lelaki darjah tiga
'aiit... hari tu ada love, hari ni ada bulat-bulat pula'
(merujuk pada benda bling-bling kat hujung shawl cek)
slow jer dia cakap sorang-sorang
tapi sebab cek cikgu
memang cek akan dengar punya
dalam hati kontrol macho
padahal aku nak gelak kuat time tu gak

nak tau cikgu guna pen merah banyak mana?
secekak hang!!
senang kalau hilang mesti ada pengganti
hari-hari kena mark buku latihan yang semuanya ada tiga buah
buku aktiviti
dan juga paling penting masa exam

pen merah pun bukan main hentam saja
kena mata bulat
nanti terang bila ditanda kat buku
senang cikgu nak
bulat
garis
buat double lines
atau potong  apa yang patut
kalau pilih mata halus
tak comel
nanti budak tak nampak pula

Thursday, February 10, 2011

Sunday, February 6, 2011

berpusu-pusu ke tempat mencari rezeki

bummer to bummer.. kasi gua tensen ajaaa..
Cuti CNY dah habis ya. Jangan dok buat sambung cuti pula. Ada yang cuti seminggu. Ada yang empat hari saja. Bila dah cuti lama tu, pergi holiday la jawabnya.
2km lagi ke Sg Dua, dia start dahhhh...
Dan hari ini dan semalam, lebuhraya dah kembali sesak. Semua nak balik dari destinasi percutian dan juga kampung. 2km dari tol Sungai Dua, kenderaan dah bergerak perlahan. Bila sampai ke Seberang Jaya, lagi lah macam siput. Semua nak ke tol Juru atau ke Pulau Pinang.
lorong smart tag pon ponuh..aishhhhh
Hari ni permandangan menarik saja di highway. Tiada pemandu yang cilok kiri kanan. Tiada yang bawa laju macam dikejar hantu. Tiada juga yang bawa perlahan macam kura-kura. Kemalangan cuma di main road ke Sg Petani. Itupun gara-gara motorsikal yang melanggar kereta.
i lap u la dey.. dah tukar bateri baru nih. 12 hengget jugak lah
Dah dua kali kejadian serupa berlaku depan Cek. Orang dah bagi signal ke kiri, dia sebok nak potong dari kiri juga. Nahhh..terbongkang motor tepi jalan. Tuannya sempat mengelak dari jatuh sama. Nyaris tak kena pelangkong dari tuan kereta. Dah la rombongan bawa pengantin bersama-sama kek Secret Recipe jadi hantaran.


Geng motor yang tak sedar diri ni memang menakutkan. Kalau di Penang, mereka lah yang paling ramai dari kereta. Kereta dan lori yang perlu bagi laluan pada motorsikal. Kalau tak, pakai bergaris la body kereta yang kiut berkilat tu kena langgar.

Bukan semua mat motor itu hampeh. Ada yang ikut peraturan. Tapi yang tak ikut pun ramai. Hairan betul. Dulu Cek pun naik motor gak. Dekat sepuluh tahun menunggang sampai kematu bontot. Tak da la sampai nak potong lampu merah atau mencilok tak ketahuan punca. Bukannya sampai cepat pun. Setakat 5minit awal tu, apalah sangat nak dibandingkan dengan nyawa.

Hari ni Cek sampai awal jugak la ke destinasi. Thanks to Smart Tag. Perjalanan dijamin lancar. Tapi kalau alat kat kereta depan stuck, sekupang pun tak guna jugak. Tunggu la sampai bantuan sampai. Selalunya Tag tak diletakkan betul-betul. Kena undur dulu, baru boleh discan.

Cc: pesanan khidmat masyarakat ditaja oleh kopi cek beydah and co.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, January 30, 2011

mari melihat awan

tepi sungai di bandar alor star 
di tepi sungai perak di pekan kuala kangsar
 cek chun ada satu perangai. suka tengok awan. kalau keluar tak sah kalau tak pandang ke awan. bila dah nampak awan cantik, terus nak ambil gambar. tak ada kamera, pakai handphone pun jadi. dari awan cerah, sampai ke awan gelap cek ambil gambarnya. indah sungguh ciptaan yang esa.
di tepi sungai bandar alor star

keluar dari highway gurun. terus berhenti di tepi jalan. baru lepas hujan lebat dari penang hingga ke sungai petani



naik menara ni, boleh nampak langkawi tau

mendung tak bererti hujan

Thursday, January 27, 2011

busuk la!! tak reti mandi ka?

 @ : sedap pulak kangkung ni. hampa buat kangkung goreng belacan ka? macam ni hari-hari kan best.

# :  tepi.. tepi... busuk la.. hampa ni tak mandi ka?
* :   huhh.. mengata dulang paku serpih. mengata kura, dia yang lebih.. tengah tunggu lah ni, ramai pulak customer abang tu hari ni. tension betul..
# : tu dia dah sampai,eh.. ko busuk, ko start dulu la..

 * : perhhh.. seronoknya kena sental macam ni. lembut ja berus. ni kalau tidoq sedap nih.
* : hihihihihihi.. oii..geli laa... selow la skit bang. adehhh.. tak tahan nih..hihihihihi (sambil tarik kepala masuk   dalam cengkerang)

@ : hah..kan dah comey tuh. wangi pun..macam tu la anak mami. kena rajin mandi tau. jangan asyik makan kangkung saja.
* : elehhh.. mami pun makan tak berhenti-henti :p

Thursday, January 20, 2011

Wednesday, December 15, 2010

bunga





Sunday, September 12, 2010

tembak-tembak

semua kejadian tembak-tembak berlaku di keliling, tepi, depan, dan belakang rumah. gambar diambil oleh photographer NST. seterusnya yang bawah ni dari photographer nanyang siangpau.



punya la pulun photographer ni nak ambik pic sunset. sampai tak sempat nak buka posa. dua ari berturut-turut dia try. tak jadi-jadi gak. aku dah pecah pwot dah gelak. silap-silap kena ketit ngan nyamok. suruh guna tripod dia tanak. las-las menjadi gak yer.. tahniah :)

ngeri-ngeri

ALOR SETAR: Jumaat 10September. satu kemalangan ngeri yang membabitkan empat buah kenderaan telah berlaku di awal pagi semasa kebanyakkan orang sedang nyenyak tidur kerana kekenyangan ketupat. kejadian pada pukul 3.30 pagi itu membabitkan tiga orang pemuda yang tekun berlumba untuk menunjukkan kehebatan power enjin turbo masing-masing.

kenderaan dari arah Alor Setar itu dipercayai tidak dapat mengelakkan sebuah kereta dari arah bertentangan dan ia berjaya menghentam dengan impak tahap maksima. dua saat selepas itu kenderaan dari belakang pula menghentamnya. satu saat kemudian, kenderaan lain pula yang tidak sempat membrek mencium bontot kereta dengan bunyi yang maha dasyat juga hingga mengejutkan penghuni di sekitar kawasan kemalangan.

dari keheningan malam telah bertukar bising dengan bunyi enjin turbo yang masih bergerak walaupon tuannya telah tersepit. api telah menyambar di tepi driver. alhamdullillah atas tindakan pantas sepupu dan juga jiran yang berlari mengambil fire extingusher dari lorinya, api berjaya dikurangkan dan mereka menarik pemandu tersebut.

jeans levis 501 siam pemandu pula tersangkut dan akhirnya beliau ditarik keluar dengan hanya berspenderkan kaler apa tah sebab malam tak nampak kaler.moral- sila pakai sepender jika keluar dari rumah.api telah menyambar kedua-dua kenderaan setelah pemandu berjaya dikeluarkan.
hasil kerentungan tahap gaban. agak-agak budak ni insaf tak lepas ni? enjin turbo kancil inilah yang menderum tak berhenti-henti walaupon tuan dia dah tersepit kena langgar.
mulanya agak terkejut bila melihat ahli bomba memakai sluaq katok aka bermuda bila menjalankan tugas. setelah diamati, rupanya dia dari unit bomba sukarela Kota sarang semut. patut la, tak dibayar gaji, sebab tu takde wet nak beli proper trousers.
haa.. ni barula abang bomba yang betoi n ensem. uniform tu lawa. dok cek keta tu takot-takot ada seludup mercun ke raya-raya nih.

keadaan gambar agak kurang memuaskan. jurugambar baru diambil bekerja dengan nanyang siangpau. button-button kat sony dslr belum habis di riki lagi. macam mana dia dapat keja, aku pon tatau. sekian ulasan dari tempat kejadian. berita lambat keluar kerana reporter beraya sakan :)

Friday, August 20, 2010

tetamu asing

UPSR dah dekat. budak-budak pon pulun buat latihan sendiri. budak kelas cerdik ni tak payah di suroh banyak banyak kali. kalau cikgu tak ada je, pandai la depa wat keja sendiri. kusyuk masing-masing buat kerja. masa ni aku ganti guru depa MC.
tetiba masa dok round-round dekat meja, nampak bunga nih. nama apa eh. selalu kat kubur tu bunga nih. bila di belek-belek lagi, rupa nya ada natang alah nih. jadi keja sunggoh budak-budak ni. patotla ada bunga tu. natang ni dok tenggek kat bunga, pastu depa patahkan tangkai dan bawa ke kelas. macam-macam!!!!
kecik saja saiz nya.
aiiiii... teringin nak baca buku gak ka..hehehe

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...