Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Monday, November 30, 2015

Shopping In Langkawi

Sebab Majalah 3 tunjuk pasai Hj Ismail Group dan cokelatnya, maka cek pon nak cerita sikit la pasai chocolate favorite. rupanya sebulan, bertan- tan choc yang dijual di HIG. hebat noh penangan choc bebas cukai. setiap orang berbelanja minimum rm100 untuk coklat sahaja. Hebat!

I'm not into chocolate tapi once in Langkawi, coklat ni lah yang cek rasa sedap. 
Whittakers ni siap ada sijil halal kat HIG. rasa nak borong semua. Tapi cepat sangat cair. Sampai rumah, coklat kau dah herot petot dok dalam bag. I love all things with nuts. Must buy!

 Beli sebab cam menarik. ok sedap sebab ada kelapa dalamnya.

 Ni la favorite cek. Sapa pi Langkawi, memang kita order nih. Sempena krismas, maka keluarlah flavour nih. Ni pic tahun lepas, dekat nak krismas, maka elokla aku buat cerita ni. hahaha


 Coklat ni aku cari merata kedai. Rupanya jumpa kat kedai sebelah hotel saja. ceh. Penat aku berlegar kat pekan Kuah. Dark choc ni aku guna buat tiramisu. Pejam mata makan gitu.
Ini impulse buying sebab ada diskaun 40%. Suka aku tengok tumbler ni. Malaysia edition. 

Tu je la shopping nya. Tak beli dah pingan mangkuk sebab incik suami tak ikot. Tak kuasa mak nak mengangkut bag berat ke jeti tu. 

Kursus di Hotel Langkasuka Langkawi

Di utara ni, kalau berkursus di Langkawi, tobat lahom kena dok di hotel Langkasuka. sebelah hotel ada mall. tiga kali dah aku kat sini, kali ni saja dapat meronda mall tu. not bad kalau kau ada duit.

jom tengok bilik dulu, twin sharing la nok. gomen bajet kot.

suka the new deco. depa dah refurbish the rooms. kalau tak, alahaiii very the old one.
plug points pon banyak. suka sangattttt!
sink yg cantik ok. i love the design.
sedap tilam. boleh la bilik beso. suka lantai ni. no more bau carpet masam.
barang biasa kau dapat bila masuk hotel. selalu aku bawak semua toiletries sendiri saja. bawak dalam bekas kecil.
lapar first day check in. tengok menu harga patut je. hentam sandwich tuna. 
Maka bermulalah kursus empat hari cek kat sini...

Friday, January 27, 2012

sedim, kulim kedah

 tau apa yang paling femes di Sedim ni? its the river babeh. rapid clear water, sesuai untuk water rafting. kalau nak bawak famili berkelah, cuma perlu berada dibahagian bawah saja. tak perlu daki jauh-jauh. air adalah paras pinggang. tapi jernih, sejuk dan laju saja mengalir.

jalan pelan-pelan ke arah air yang deras mengalir tu dan duduk di situ. nikmatnya haiii.. tatkala air laju tu menderu mengalir. natural massage machine. tak payah bayar sekupang pun. dok la lama-lama sampai kecut satu badan.

haa.. takkan nak tengok saja. terjun laa..
datang awal, bawak bekal. nasi la paling afdal. setelah penat bertarung berendam, perut nampak nasi saja. ada famili yang siap ber bbq kat situ. standard la kan kalau dah berkelah tu.  nak lagi nice, korang bawa la khemah. senang nak bertukar baju. tandas kena bayar 30sen tapi gelap nauzubillah. kotor pulak tu. tapi kawasan berkelah bersih. ada tukang jaganya. tandas pun ada. tapi tukang kutip duit saja la.

ada famili sebelah yang siap bergoreng mak nenek naget, sosej dan last sekali ikan kering. part ni aku paling tak tahan. sedap kot bau. dek asyik dok pandang depa, akhirnya dapat gak semangkuk naget n sosej. haha. ni aku salahkan si Zah. sibok tengok adik tu dok masak.


selesai berendam, sila cari signboard the tree top walk. tiket RM10 untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak. walkway ni dibuat dari steel. sebenarnya ni punca utama nak datang ke Sedim ni. teringin dengar orang cerita. nak juga merasa naiknya.



 
 ni hah jalan walkway tu. serammm untuk yang gayat. nama pun jambatan gantung. ada juga la goyang nya. dah berada kat atas, baru perasan sungai yang luas dan panjang ni. sini rupanya orang dok ber rafting.




ni level paling tinggi

 ini lah sungai yang mengalir ke tempat mandi tadi.

cara ke sana
guna highway grik/kulim. dari butterworth, pandu terus hingga tamat highway. sebab dapat instructions ambik shortcut dekat kawasan industri tu, maka aku dah lupa exactly which corner to take. no fear. click here for the map and more info on this awesome place.

Monday, January 16, 2012

berteman lebih baik?

selalu benda yang di plan berminggu-minggu jarang menjadi dalam hidup aku. ntah apa keramat yang menghalang. plan bagai nak rak. selalu tak menjadi. mungkin sebab melibatkan ramai orang, banyak la halangan untuk bersama. last-last plan yang dibuat sehari sebelum kejadian gak yang berjaya.

bukan sekali dua benda macam ni jadi. dah rutin aku rasa. tu yang payah kalau malas nak berjalan sorang-sorang. semua nak berteman. perangai ni aku dah cuba ubah sikit-sikit. kalau tak, macam mana aku nak ber bagpack ke Machu Picchu ni. macam mek Lela. (hoi hang mana pi? miss yu kat PM sana)

orang kata cuti banyak ni untung. boleh plan berjalan merata. weh jangan dok percaya. kalau dalam kepala masih dok berfikir pasal kerja, cuti 4 bulan pun tak guna. nak plan pun payah, takut clash dengan aktiviti. Air Asia buat promo tambang sekupang (dan menjadi beringgit-ringgit lepas add tax) pun aku boleh bolayan sebab kang membazir kena lupuskan tiket tu. panggilan kerja ni tanpa mengira hari.


kali ni aku plan tempat yang dekat saja dengan kami. siang tu siap sms suruh dorang prepare for a picnic tomorrow. baru aku terhegeh google cara ke sana.



ni kira entry sneak preview la. hebat tak tempat pilihan aku tu? dah ada yang rasa nak berendam? nanti aku cerita kasi baik punya.

Tuesday, February 8, 2011

Sunday, January 30, 2011

mari melihat awan

tepi sungai di bandar alor star 
di tepi sungai perak di pekan kuala kangsar
 cek chun ada satu perangai. suka tengok awan. kalau keluar tak sah kalau tak pandang ke awan. bila dah nampak awan cantik, terus nak ambil gambar. tak ada kamera, pakai handphone pun jadi. dari awan cerah, sampai ke awan gelap cek ambil gambarnya. indah sungguh ciptaan yang esa.
di tepi sungai bandar alor star

keluar dari highway gurun. terus berhenti di tepi jalan. baru lepas hujan lebat dari penang hingga ke sungai petani



naik menara ni, boleh nampak langkawi tau

mendung tak bererti hujan

Friday, January 28, 2011

kenapa saya suka taiping : part 3

kedatangan cek chun ke daerah ini sebenarnya untuk menikmati taman tasik taiping yang memang terkenal di perak. oleh kerana perancangan adhoc, maka kami hanya google untuk melihat penginapan yang sesuai. akhirnya setelah melihat iklan hotel flemington di you tube, ya betullah tu, dorang buat iklan di you tube. kami pun booking dengan gagahnya melalui telefon.

 sangat inovatif sebab kita boleh lihat sendiri rupa bilik dan hotel. kekadang gambar di web site boleh mengelirukan. nampak sungguh cantik, tetapi rupanya nan ado. bilik air pun buruk, tub mandi pecah. kisah benar ni. cek chun sendiri yang  kena. tapi berapa kerat hotel yang akan berbuat demikian. flemington pun buat mungkin kerana hotel ni masih baru. cantik la untuk ditunjukkan pada pelanggan. harga berpatutan. superior room rm128 dan kami minta extra bed, rm50, termasuk sarapan untuk dua orang.

pagi-pagi selak langsir dan dihidangkan dengan permandangan macam ni. mana nak dapat wehh..
yang paling best, flemington ni terletak dalam taman tasik taiping. wuhuuuuu!!bilik kami bertentangan dengan hutan hijau ni. kalau nak bilik berhadapan dengan taman tasik, kena lah tambah rm20. tapi, kalau dapat bilik bersebelahan dengan rumah buruk warna kuning tu, adehh, memang tak dapat den nak nolong. jadi, baik bertanya sebelum anda konfem bilik.
dalam ni tiada almari yer. semua main sangkut tepi meja solek. ada flat tv dengan astro channel. takda la banyak channel pun. standard hotel la. bangla sesat dalam gambar ni tengah dok prepare extra bed kami. mujoq tak hensem macam shahrukh. kang tak pasal-pasal bergambar sekali.

cek paling suka bilik air. ada paip besar atas kepala. sedap mandi air terjun :p ada hose air tu. tu wajib ada weh. paling tension kalau ke hotel takda hose air macam ni. dah la takda cebok. biasa la weh. orang kampung. tak retinya nak lap-lap.

cc: entry tak berbayar ni untuk info kawan-kawan yang ada plan nak ke taiping.

Wednesday, January 26, 2011

kenapa saya suka taiping : part 2

di sinilah cintaku bertamu : bukit larut aka maxwell hill








 

Monday, January 24, 2011

kenapa saya suka taiping : part 1

pohon-pohon hijau yang rendang
melambai-lambai daku ke mari
rupanya mahu tunjukkan ini
indahnya ciptaan tuhan

semoga kau tetap teguh berdiri wahai pokok
walaupun sepuluh tahun lagi
aku akan tetap ke sini
memandang awan
memendam rasa 

cc: aahhhh... I'm suck at poetry


Saturday, January 22, 2011

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...