Monday, May 30, 2011

Kalau karan tadak

* boleh mati akai dibuatnya. kau nak tengok tv? Dengar radio? Surfing internet? Plug nak cucuk kat mana?

* Masa ni lah capai apa saja depan mata untuk buat kipas. Tadak buku, kertas suratkhabar pun berguna. Setiap 5minit, servis bertukar tangan. Lengoh.

* peluh menderu-deru macam air terjun mengalir masa musim kemarau. Ni kalau boleh mandi air terjun, mesti sejukkkk kan?

* Apa guna LCD tv, plasma tv hatta 3D tv sekalipun. Kalau akhirnya benda yang kau tenung cuma screen gelap gulita je.

* jiran-jiran penuh berlunggok kat luar. Sembang atas pangkin. Tak payah kalut nak berkipas tangan. Angin dah sepoi-sepoi bahasa.

* lagi 10 minit kek karot aku nak masak. Dah naik gebu cantik. Tup-tup!! Kau tak rasa nak carot ke kalau gini penyudahnya. Orang order tu. Bukan saja-saja rajin nak membaking malam-malam ni. Tapi sebab tak mau carot la aku tulis entry ni.
Moga aku jadi orang yang lebih sabar atas dugaan ini. Amin.

Sent from my BlackBerry

Saturday, May 28, 2011

yeaaahh cuti.

bila cuti boleh;

  1. pergi pantai. pijak pasir halus. pejam mata sambil dibuai angin sepoi bahasa. 
  2. piknik kat air terjun. pagi-pagi buto dah bangun masak nasi lemak dengan sambal ikan bilis, letak timun dan telur rebus. kalau malas, goreng jer bihun. kalau terlebih rajin, goreng pasta. sampai kat air terjun, rendam-rendam macam hippopotamus pastu lapor ulang makan sampai kenyang. 
  3. tolong mak kat gerai. tolong makan actually. kalau tak, membazir la dia masak banyak-banyak. membazir kan berdosa. tuhan marah.
  4. belajar resepi baru. bakar kek, buat tart, masak puding. 
  5. bawak anak ikan jalan-jalan, main slides, swing kat playground. ronda tesco, makan keyefci yang dah halal tu, pastu sambong bergambar dan ronda shopping malls lagi. 
  6. update blog sampai kejang jari-jari nak menaip. 
tapi apesal aku dok terjongok kat sini tak balik kampung lagi nih??? 

kek coklat moist yang paling banyak kali aku buat tapi tak pernahnya makan lebih dari sepotong pun. 

Tuesday, May 24, 2011

salib ker pada t-shirt monster energy?

salib yang ditunjukkan oleh si A to si B 
A - teacher tau tak depa pakai t-shirt ada salib?
B - what t-shirt?
A - tu yang depa pakai masa shuffle hari tu.

yes people. lepas tu baru chun perasan yang merata alam umat manusia pakai t-shirt ni. umat Islam yang muda remaja to be exact. jalan la kemana saja, memang akan terserempak dengan seorang dua remaja ni yang pada pakaiannya tertera perkataan monster energy.

 'depa' dalam perbualan diatas merupakan a bunch of kids yang baru berumur 12 tahun tapi nak sangat take part dalam persembahan kat sekolah. sanggup berlatih sendiri tanpa bagitau cikgu. beli t-shirt dan caps berwarna hitam tu semata-mata nak nampak cantik semasa persembahan. sanggup merayu pada guru besar untuk bagi kebenaran khas pada mereka untuk bershuffle. sebelum tu, dah heboh cikgu-cikgu tak benarkan segala bentuk shuffle dan breakdance dalam sekolah.

so what's up with this monster energy?
rupanya cuma minuman tenaga macam 100 plus jugak la. cuma tak da iklan secara meluas saja lagi. ada macam-macam jenis perasa plak tu, antaranya;
  • Monster Energy
  • Monster Lo-Carb
  • Monster Absolutely Zero
  • Monster Assault
  • Monster Khaos
  • Monster M-80
  • Monster Ripper(European version of M-80)
  • Monster MIXXD
  • Monster Import
  • Monster Import Light
  • Monster Heavy Metal
  • Monster DUB Edition
  • Monster M3
  • Monster Rehab
  • Monster Tour Water (only available to sponsored Athletes)
  • Monster BFG ( Only available to night clubs(apparently)
Monster Nitrous:
  • Nitrous Monster Anti Gravity
  • Extra Strength Monster Anti Gravity
  • Nitrous Monster Super Dry
  • Extra Strength Monster Super Dry
  • Nitrous Monster Killer-B
  • Extra Strength Monster Killer-B
  • Extra Strength Monster Black Ice
Coffee & Tea:
  • Java Monster Irish Blend
  • Java Monster Kona Blend 
  • Java Monster Loca Moca
  • Java Monster Mean Bean
  • Java Monster Toffee 
  • Java Monster Vanilla Light
  • X-Presso Monster Hammer
  • X-Presso Monster Midnite

 minuman ni dah sponsor merata alam punya ahli sukan, ahli muzik dan celebriti barat sana. antara sukan extreme yang depa sponsor ialah BMX, skateboarding dan mountain biking. sukan lasak yang memang menjadi kegilaan remaja sekarang.  jadi pada budak-budak remaja ni, its a trend yang hip and happening. kat sekolah pun yang ditanya pada kawan-kawan - hang ada t-shirt monster tak?

ada depa kisah yang logo monster tu ada salib? ntah tahu ke tak tu salib. ker cek chun yang salah tengok? apa hukumnya kalau tayang salib macam tu pada orang Islam?

sumber : 
wikipedia 
http://www.monsterenergy.com/

Sunday, May 22, 2011

aku mengharap, akhirnya terkuciwa

balik makan ikan bawal set tempoh hari, terus gua pongpang kat member yang tempat tu sedap, teduh, best untuk lepak, minuman sedap, nasi toksah cakap la, lagi tahap gaban nyer sedap. bila malam pun boleh dok teringat teh tiga lapis yang ntah hapa-hapa punya sedap lagi lemak berkrim tu. bukan tu saja, gua teringat juga masak lemak telur itiknya. nampak mengancam dengan kuah lemak yang kuning yang bukan buat-buat punya kuning tu. jenis kuning letak kunyit hidup.

member gua gelak jer. rupanya dah lama dia pi makan kat situ. wait..wait.. pehal gua tatau tempat best macam tu ni? selalu bab tempat makan, gua jer yang tau. pastu baru gua realise. gua cuma tau tempat yang bukan untuk tekak melayu jer. dengan ayat tu, gua maafkan diri pasal ketidaktahuan tempat makan ni. dah lama rupanya tempat ni. hampir semua geng gua dah try. masa tu tempat tu penuh dengan kucing dan bulu penuh kat meja. sampai kena bertukar meja makan tiga kali. mujur masa gua pi, meja dah cantik cun semua.

tiga hari kendian, member yang gua pongpang pasal event kat atas tu pun bersama dalam kereta kawan gua yang sorang lagi. tujuan? apa lagi.. mau hentak nasi bawai sama telor itik tu la. hati girang semacam jer bila sampai kat kedai. belek punya belek, pehal gulai telor ni rupa semacam jer. merah kuning weh. macam tak cukup santan. ambik la jugak sebijik. nasi bawai tiga set. bila makan jer, luluh hati. awat tak best macam hari tu???? rempah gulai tak masak, telor itik yang cair dan tak terasa masak lemak pun. gua rasa tukang masak cuti la. tapi kenapa cuti tak cakap?? tau tak jauh gua datang ni???


kucing kat tempat ni tetap banyak macam member gua cakap. cuma bulu kucing jer tak berterabur merata. tokei kedai ni bela kucing gamaknya. asal gua datang jer, berpusu datang dok bawah meja gua. pastu tak reti nak bergerak. siap posing duduk macam kat atas tu. tepat je tenung mata gua. ceh.. gua tau la tu. nak tulang bawai gua la nih. hebak mung kucing. bawai je mung layan.

gua rasa ni la kali kedua dan terakhir gua datang sini. gua memang kuciwa seh. lain kali kalau dah rasa nak makan something tu, tak payah nak bertangguh. order saja time tu jugak. gua learnt the hard way.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...