Friday, May 20, 2011

jom tukar blog ke mobile setting

handphone cek chun sekarang ni macam pelik gila. asal buka website jer mesti dia tulis - too heavy to donwload apa ke hey ntah. dulu tak pernah jadi macam ni. nak aplod pun lama jer la. i have to wait like ages, dari zaman ais sampai zaman dinosour, then baru dia keluar site dengan penuh dan berwarna-warni. tapi sekarang, jangan harap la nak tunggu lama-lama macam tu. bila dia kasi warning jer, terus dia terminate link tu. adoiyaiiii.. tensen tau.

jadi bila cek chun ternampak yang blogger dah bagi tips untuk buat blog ker mobile version, happy la sangat. macam nak lompat bintang. kalau guna comment box yang biasa dalam blogger tu, memang akan keluar la dalam mobile version nanti. tapi malang pada yang guna intense debate macam fandy nih. comment box tak akan keluar kat handphone. so, terpaksa gak bukak lappy untuk mengomen. tapi tu small matter. kalau rasa nak senang ber blogwalking on the go, ni lah cara paling best. dok tunggu bas pun boleh baca :)


  1. mula-mula kena klik kat blogger in draf which is here. atau boleh jer type sendiri draf.blogger.com. 
  2. masa ni akan keluar dashboard blog dalam mode blogger in draf. 
  3. klik SETTING dan klik EMAIL & MOBILE. 
  4. cari SHOW MOBILE TEMPLATE, klik jer Yes, On mobile devices, show the mobile version of my template.
  5. jangan lupa save setting tu yer.

Tengah-tengah malam dok teringat

Korang pernah ke out of nowhere, tetiba dok teringat kat sesuatu benda. Dah la benda tu payah nak dapat malam-malam buta gini. Dah kecor liur dah dok imagine ni. Rasa macam lemak-lemak, manis, dan sejuk melintas tekak ni.
Nak je rasanya pi keluar cari ni. Tapi, macam la kedai tu bukak 24jam. Pukul 4 dah tutup tu. Macam mana ni?? Pakai hadap gambar ni cukup la. Aiseyyyyy. Now I know how the pregnant woman feel.

Sent from my BlackBerry

Monday, May 16, 2011

terima kasih cekgu

dulu-dulu nak tegoq cekgu pun takut.
cekgu dipandang mulia dalam masyarakat.
semua cekgu buat, mak kata betul.
cekgu rotan kat kaki,  ayah kata you deserved it.

tak payah ada misai bercabang melintang patah.
orangnya kecik saja, tapi punya daya renungan yang menggoda.
menggoda sampai nak balas balik pun kecut.
bila dia lalu jer, semua mata pandang ke bawah.

kasut hitam berkilat sepanjang masa.
baju diseterika rapi, tajam sidenya.
rambut sentiasa basah dengan minyak rambut wangi.
cikgu Shuib, cekgu disiplin paling rendah tapi tinggi jer kami pandang.

perut pun pernah kena cubit.
bukan main-main weh..
jenis cubit kecik-kecik pastu siap tarik ke atas.
dah tu tak ker dengan badan-badan terangkat sekali.
adehhhh... semua gara-gara tak pass Math.

cikgu Mutalib yang sempoi.
pantang ada aktiviti luar sekolah, cepat jer angkat tangan nak join.
sebab dah tau mesti ada dia punya jadi ketua.
boleh naik kereta sambil layan lagu ramlah ram.
kaset peberet dalam player keta dia.

cikgu Siti Bunga yang sesweet namanya.
tiap-tiap hari baju kurung bertukar rupa.
tak pernah la nampak baju yang sama.
rupanya dia teror menjahit juga.

cikgu Ramli misai comei.
suara pun manja, sweet je pandang.
tapi kalau marah, berkerut dahi urat sampai ke kepala.
ohh rindunya kat depa semua.

sir Ghazali yang kurus tinggi
hot orangnya smart bergaya
sanggup bertahan panas masuk kadet trafik
merata tempat pergi mewakili sekolah

ni cuma sebilangan cekgu yang cek chun ingat
dari rendah sampai menengah
to them..selamat hari guru cekgu
i think i have make you guys proud

Saturday, May 14, 2011

Bila blogger kaku dan sepi

1. Tiba-tiba gua macam kucin kepanasan. Buka henpon pun tak boleh, bukak lappy lagi la tadak benda yang keluar. Aiyooo...what the happened?? Blog kena hack ka??? (Ok, ada unsur perasan kat situ, macamla blog hebak sangat macam Aididleaks).


2. Badan gigil sebab tak dapat my morning fix of Aididleaks. Tiap-tiap pagi celik mata, komen disana la yang gua refresh dulu. Seronok baca. Carot?? Gua dah besaq, dah tua, dah pandai berpikir baik dan buruk. Sampai part carot, gua bleep-bleep kan sendiri.


3. Twitter gua jammed dengan twits dan retwit dari para bloggers. Masing-masing bosan tak tau nak wat menda. Selalu masa gini lah digunakan buat entry atau blogwalking.


4. Gua baru tau tadi yang jumlah limit twit per day ialah seribu. Limit direct message pula is dua ratus lima puluh. Nampaknya ada orang pulun bertwit sampai bengkak jari!!


5. Tiba-tiba je gua layan anak ikan tengok phonic songs dekat yu tiub. Korang tau tak yang A tu bunyinya AEY dan b tu BERH.
A is for apple, aey aey apple
B is for ball, berh berh ball
(Lagu seterusnya korang karang sendiri sampai Z)


6. Gua rasa nak tukar ke wordpress. Nampak hebak sikit. Peduli apa blog gua cuma picisan. Janji tak sakit hati bila server down.


7. Notification facebook berketing-keting bunyinya. Semua pakat-pakat mengomen dan mengecet di fb. Topik hari ni - semua di bawah matahari (sila translate in english).

Sent from my BlackBerry

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...