Monday, May 9, 2011

the doctors in the house. errrr... not dr M

my peberet doktor at the moment is Cal Lightman. dulu minat sangat dengan doktor Gregory House. to me, depa ni sempoi in their own way. and sexy too. walaupun ada yang fictional, tapi tak mustahil depa ni maybe exist dalam duniya nih.

  • ni lah doktor House. doktor mulut paling capoi dan sadis dalam dunia pemedikan tv. 
  • suka fikir out of the box. 
  • guna unorthodox way to cure his patients. 
  • tak pernah simpati pada pesakitnya.
  • cakap ikut sedap mulut.
  • suka ikut kepala sendiri walaupun ada team perubatan sendiri. 
  • asyik telan vicodin sebab nak tahan sakit kat kakinya.
  • pernah di vote as the second sexist doctor in tv after dr Doug Ross in ER. 
  • yes.. to me he is sexy..  
  • tapi dah kurang minat sebab dia sudah in bed sama his love interest dalam citer ni, si Lisa Cuddy. somehow the heat lost its sizzle when the hero gets the heroin. lagi suka tengok depa in light banter during previous season. 
  • doctor Cal Lightman, own The Lightman Group. 
  • specialist in body language. he knows when someone tells a lie. 
  • ada team sendiri, depa ni boleh dikategorikan as human polygraph machine. mesin yang boleh test orang menipu yang kena pasang wayar bersirat kat body tu.
  • keje depa ni detect orang yang menipu dengan perati muka dan body language. 
  • hidung berkerut, kening ternaik, gosok jari, twitched lips, sampai ke urat muka bergerak pun depa boleh baca dan tau yang orang tu tengah bohong. 
  • dia ni macam konsultan la untuk polis, dan sapa-sapa yang banyak duit yang sanggup hire depa nih. ada 1 scene jutawan tu upah depa untuk tengok gepren dia nak kawen sebab duit or sebab cinta kat dia. 
  • duda anak pompuan remaja dah. nightmare dapat daddy gini prangai nya. tak boleh nak buat jahat wo. habis dia selidik boyfren-boyfren budak ni. 
  • punya slang british yang mengoda. yap.. sexy okeh. 
  • yang menariknya citer ni based on Paul Ekman, a pioneer in facial expressions
source:
  1. wikipedia
  2. http://78.109.164.61/house-m-d

Sunday, May 8, 2011

selamat hari emak, mak!!!

  •   hello mak, dok wat pa tu?
  • dok besiang ikan, besok nak meniaga dah. ramai ada ni. Cu Nah, Mak Ani, semua dok siang ikan. abah hang beli banyak ikan nih. 
  •  ooooo.. hari ibu semua ibu dok besiang ikan je ka? hehehe.. selamat hari ibu, mak!.. 
  • hehehehe.. ucapan je ka? tak mau balik bawak mak pi berjalan ka? 
  • erkkk... hahahaha.. tunggu la. 


semalam sempat baca pasal pengorbanan ibu di blog inianwarhadi. actually cek chun dah lama subscribe video mamat comei punya mulut cute ala sexy nih. tapi jarang benar bukak blog dia. bila solihin zubir retweet anwar hadi, baru cek chun perasan balik pasai blog dia nih. lama dah bermain dalam fikiran sebenarnya. tiap kali birthday, orang ucap kat kita, murah rezeki dan sebagainya. tetapi pernah ker terpikir dekat orang yang mengeluarkan kita pada hari tersebut.

yang membawa perut yang sarat dan besar selama 9 bulan atau kurang.
yang bengkak kaki, nampak urat hijau dibetis.
yang menahan muntah dan kadang-kala tak boleh bau makanan.
yang even worse tak boleh bau suami di sebelah.
yang tetiba kena kencing manis bila mengandungkan kita.
yang kena beratur tunggu giliran di klinik desa sampai berjam-jam.
yang kena perli dengan misi masa mengerang dengan kuat dalam labour room.
yang kena kangkang tanpa segan silu pada doktor and even worse pada doctor trainee yang penuh kelilingnya.

and to all the mothers, ummi, ibu, amma, mama, mak, you guys rock!!! bekerja atau tidak,  dan menjaga anak-anak dan suami, hanya orang yang hebat saja mampu melakukannya.

dan ini, chun dapat dari blog solihinzubir. cerita benar. a mother will do anything for her child.

Friday, May 6, 2011

bukan salah saya kalau dia rindukan saya

salam.
nama saya Kuje. saya baru enam tahun. sekarang saya dah pergi sekolah. pagi-pagi lagi dah kena bangun. saya sekolah tadika. sama sekolah dengan abang. abang pergi sekolah dengan motor Pak Hashim. Kuje plak naik motor Mak Ani. Mak Ani best. pagi-pagi dah wangi. sebab tu Kuje suka naik motor Mak Ani. mesti Mak Ani guna two drops perfume nih. sebab tu wangi memanjang.

hari-hari Kuje mesti gaduh dengan abang. abang tu nakal sangat. ada ka tengok tv dia boleh dok diam-diam. mestilah Kuje geram. geram tengok dia berbaring elok jer kat bantal bunga Kuje. tau tak yang bantal bunga tu  Kuje dah guna sejak dari baby lagi. sapa pun tak boleh touch. silap banyak la abang boleh dok landing macam tu. kena la penumbok sebijik.

tu Kuje tak cerita pasal abang sibuk nak ikut kemana saja kak chun pergi. asal nampak kak chun balik kampung, mesti dia melompat lebih dari Kuje. Kuje ok jer. Kuje dah siap-siap pakai baju cantik. alah..jap lagi mesti kak Chun ajak kami pi tesco. syok woo.. kami selalu beli vitagen kat sana. vitagen putih sangat  sedap.

yang paling best, tiap kali balik kampung, mesti kak Chun bawak Kuje berjalan-jalan. pi basuh kereta tu memang dah wajib dah. singgah petronas dulu, beli Ribena. tapi pelik la, nak ambik yang botol besar, tapi kak Chun tak bagi. dia kata Kuje kecik, kena la ambik kotak kecik tu. Kuje paling suka masuk dalam mesin kereta yang penuh buih tu. lepas tu mesti nak jerit-jerit tengok berus yang besar pusing-pusing dekat cermin. sempoi woo..

ehh..bila kak Chun nak balik lagi ni???

Wednesday, May 4, 2011

kehilangan yang dirasai

lama cek tak update. blogwalking pun dah jarang. ni baru pertama kali merasa pegang lappy dalam seminggu ni. selalu check blog dari handphone saja.

sebenarnya makcik cek chun meninggal di IJN. first time arwah ke sana untuk check jantungnya. selalu ke hospital di alor star saja. pagi jumaat 3.30 pagi, cek dikejutkan dengan panggilan telefon dari adik.

'macam mana nak habaq kat hang arr..errrr... lang aji dah takdak"

terkedu seketika. lagi terkedu bila tetiba pakcik yang cool menangis teresak-esak di bahu tok imam. dua minit yang betul-betul buat kami semua hiba. tumpah juga air mata lelaki yang dengan tenang menguruskan segala keperluan untuk jenazah isterinya.

masih terasa sejuk dahinya kala cek kucup buat kali terakhir. moga lang aji tenang disana. ditempatkan dengan roh-roh mereka yang beriman.

alfatihah.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...