Thursday, February 10, 2011

Wednesday, February 9, 2011

pizza jopun

Besok saja Cek cerita pasal benda ni. Sekarang cuba teka nama benda alah ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

update:  thanks rozita sebab sudi meneka. ni memang makanan. dari jopun sebenarnya. okonomiyaki. betul kata rozita. memang macam pizza. dalamnya ada kobis dan tepung. buat macam penkek. kemudian letak la segala sos mayonis dan Worcestershire. yang macam selotep tu namanya bonito flakes. 

gambar kat atas ni lah asalnya bonito flakes. dibuat dari tuna yang dikeringkan. sekali tengok macam tongkoi kayu. lepas tu, di sagat dan jadilah macam selotep tu. penkek ni Cek beli kat  jusco. rm4.50. rasanya macam takoyaki dah. cuma minus the octopus.

pic source: http://eatbma.blogspot.com, http://wakaranai.winter-muse.net

Tuesday, February 8, 2011

dua jam di kuala kangsar


 




Pagi yang gelap gulita

Perasan tak lately makin gelap saja time nak pi sekolah tu. Buka pintu nak keluar rumah, rasa macam nak masuk sambung tidur saja. 7.15 pun masih kena pasang lampu kereta.

Mujur kat simpang jalan dah pasang traffic light. Kalau tak, jenuh menunggu turn untuk melintas. Ramai juga rupanya yang tinggal dalam kampung Cek ni. Motorsikal lagi la banyak.

Kalau time hujan, jam sampai 4km dari traffik light utama. Memang seksa nak bergerak. Sekolah yang jarak sekangkang kera pun dah jadi sekangkang kingkong.

Sekarang ni Cek kat kantin. Nak breakfast lauk pun tak mengancam. Tunggu horlick ais bungkus jap. Menarik pula tengok depa dok minum.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...