Tuesday, December 7, 2010

salam maal hijrah

sumber: http://southernlegionasia.com/wp-content/uploads/2008/12/maalhjijrahqe0.jpg
salam maal hijrah semua. semoga tahun yang mendatang membawa seribu rahmat buat kita.

mencari jodoh buat MAT GEBU

salam cik mat.
sihat ka?
duduk lah.
baca leklok naa.
ni hahhh..
ada orang nak suroh cek introdus cik mat kat dia.
dia kata hari-hari dia tengok cik mat masak kat internet.
baru-baru ni cek tunjuk gambaq masakan cik mat kat Jelita.
amboiii, gelak sakan dia.
dia kata cik mat dah famous amos dah.
lepas ni kalau boleh, dia nak try contact AFC pulak.
ada rezeki, boleh la cik mat tunjuk skill kat tv.

dia cukup berkenan sebab cik mat pandai masak.
dah la terror masak western food.
paling dia minat kat spageti olio cik mat la.
dia kata makan banyak-banyak pun tak gemuk punya.
tak payah la dia bertungkus lumus pi gym lepas makan tu.

masakan Melayu pun dia suka.
lagi pedas lagi marveles kata dia.
dia paling suka asam pedas.
pernah rasa di Aseana masa dia turun ke KLCC dua minggu lepas.
sambil makan, terus dia kata.
ni kalau cik mat masak, tentu lagi masyuk.

sekarang dia dah minat Malaysia.
semuanya gara-gara blog cik mat.
kasut Jimmy Choo dia dah pakai.
baju Bernard Chandran pun dia dah tempah.
tunggu nak makan semeja dengan cik mat saja ni.
tu pun kalau cik mat sudi.

kalau jadi kan cik mat.
dia minta makan kat pinggan antik cik mat.
yang bersusun penuh almari tu.
jangan tak tau.
dia pi cari kat Harrods pun tak jumpa.
nampaknya kena datang ke Sedenak baru ada.

so camna cik mat?
ada mau detim ka ngan si dia.
bawah ni cek bagi pictha dia.
jangan renung lama-lama ya cik mat.
kang juling.

http://www.judiciaryreport.com/images/megan-fox-9-25-08.JPG

Monday, December 6, 2010

Cuci kasi kilat

Dalam banyak-banyak kedai kat penang, disinilah cek paling puas hati. Dengan bayaran sepuluh ringgit, semua bahagian dia cuci.

Dibuka setiap hari, tak kira hari raya atau deepavali. Mungkin sebab pekerjanya tak cuti. Mana nak cekau duit balik pakistan atau nepal!

Oleh kerna pekerja yang ramai, maka sekejap saja masa menunggu. Kat depan cek ni ada sepuluh kereta sedang dicuci, divakum, disabun, dan dikilatkan tayarnya. Yang bestnya tak ada yang datang promote cuci kusyen ka, kilat kereta ka atau cuci enjin. Kalau nak, cuma perlu cakap dikaunter bayaran untuk servis tambahan itu.

Cc: masuk share kat sini saheh masyuk


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 5, 2010

ehh... dah follow ke belum nih..

dek kerana hobi jalan-jalan di blog orang, maka banyaklah komen cek sempat type kat depa. kalau dah terpikat dengan satu-satu blog, maka akan hari-harilah blog tersebut cek jengok. bukan apa, cek suka membaca. dulu pegang buku, sekarang pegang laptop pula :) ada la variety sikit. bila dah penat baca yang tu, cek hop kat yang ni pula. kalau guna buku, mana nak dapat hop-hop ni semua. pakai bacalah buku itu sampai ke akhirnya.

bila dah suka, maka link pon diletakkan la di blog. senang sikit nak tengok sapa yang apdet, sapa yang tidak. dek kerana itulah, kekadang cek terlupa. cek dah follow dia ni ke belum? aahh.. garu kepala sat. nak check dekat dashboard? ohh tidak. sangat banyak blog yang sudah cek follow. jenuh nak mencari.

gara-gara ada link di blog juga lah cek dah terlepas pandang untuk menfollow incik ben ashaari. padahal hari-hari cek buka dan baca dan kekadang mengomen di sana. malu pun ada. incik ben lah orang terawal yang memfollow blog cek. semua gara-gara segmen yang dibuatnya. dan sekarang blog cek berada pada list CONTENG DINDING untuk cekrasala dan SUDU GARPU untuk maifood. terlepas pandang la incik ben. maaflah.

sekarang cek dah apdet link untuk follower cek dan blog yang cek follow. terima kasih kerna sudi follow cek yang tak semengah ini. harap-harap lepas ni, banyak la masa untuk buat blogwalking lagi.

cc: follower bukan jadi impian, tapi kalau dah ada, boleh bikin syiok tuan tanah :)

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...