Saturday, December 4, 2010

Cutenya kamu

Seronok tengok baby cik kimi. Dah 32 hari usianya. Baru kelmarin auntie chun dapat jengok Muhd Danial Lau (mula tu auntie tulis Lee, sori lagi sekali). Maaflah, kami memang sangat sibuk lately. Sampai tak tau yang kamu berada di hospital sampai 17 hari.

Lasak juga Danial ni. Asyik mengeliat kekenyangan sampai merah-merah muka. Sekejap saja botol susu yang penuh disedutnya. Lapar sunggoh. Nenek kata kamu minum setiap 3jam. Kalau diaper basah, terus kamu merengek ya Danial. Takpa, mama ada helper. Nanti dah besar, jangan lupa nenek yang banyak berjasa.

Bila tengok kamu, teringin pula auntie nak pegang. Auntie buat-buat teror ja depan auntie Isma. Pssssttt.. Ni first time auntie pegang newborn baby tau. Duduk ja kat riba, terus kamu tidur ya Daniel. Maka galak lah auntie Isma, mama kamu dan nenek gelakkan auntie. Dapat tilam empuk kata depa. Iskkkk tak seswai tau. Mama kamu pun kurang empuk sikit ja dari auntie :-p.

Nanti auntie datang lagi. Lepas ni bolehla suruh mama beli stroller Mclaren. boleh auntie tolak-tolak kamu kat tempat peberet kami - Queensbay Mall. Mama kamu tak sabar nak ber window shopping tu. Tak pun auntie bawa kamu bersiar-siar dalam kereta. Don't worry. Auntie tak bawa laju macam team Mclaren ;)

Cc: tambah lagi anak-anak auntie chun

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

penyanyi dan lagunya

rasanya dah tiga kali cek tengok 2010 american music award  (AMA) nih. gempak sunggoh persembahan masing-masing. ye lah, bila duit dah banyak. macam-macam props dan gimik awak boleh bawak naik ke pentas. tu tak masuk lagi penari latar yang bersepah-sepah diatas pentas yang sunggoh besar itu.

nak bandingkan dengan anugerah kat Malaysia? tak boleh la bang. kita bajet ciput. depa bajet juta-juta. jadi kita tengok saja dan ambil apa yang patut. jangan la ambil yang dedah atas bawah tu. tu tak seswai sangat tau. tapi tu la yang depa dok buat sekarang. pakai dedah-dedah jalan atas red carpet. mungkin dedah itu lebih sikit bajetnya dari bajet untuk props persembahan :-p
baju beginilah yang lebih menjadi pilihan artis Malaysia

sebab yang buat cek terpikat nak tengok music award ni again and again? hari-hari dengar RED FM. tiap-tiap jam akan keluar lagu yang sama. sampai boleh berhumming ikot rentak. padahal kekadang lirik lagu pon tak tau apa dia kata. rasanya semua stesen radio punya formula yang sama. ulang lagu yang popular tiap 3-4 jam.

jadi bila cek tertekan channel di starworld dan terdengar lagu yang familiar, baru lah cek tau rupa penyanyi tu. ahaks. sampai ada satu part tu cek rasa - ehh. betoi ka dia yang nyanyi. rupa tak macam suara pon :-p. cek pon naik semput bila tengok katie perry tarik lagu tak lepas.
budak kecik yang menang besar
ini pun salah satu sebab cek dok tengok AMA. NKOTB dan BSB bergabung. meletup!!! the right stuff to end the show.

p/s: semua pictha di google :) 

suatu masa dulu, korangla the right stuff!!!!!!!

yahoooooooooooooooo..my 1st award. n its from MAT GEBU!!!!

Ucapan terima kasih pada pemberi award :-)

adoiiii.. semalam tidor dalam senyuman. ni yang seronok buat blog ni. disaat cek sedang berduka dan nestapa, buka jer blog..owhhh. hatiku terus gumbira. ni yang buat cek nak nyanyi lagu Ahmad Jais nih ;) 

cik mat gebu bagi award laaa.. hahahaha. seronot siot. adehh. dah-dah gelak cekchun. sambung type. okeh. dikesempatan ini cek nak ucapkan tq tq tq untuk cik mat dengan pemberian award tersebut. rasa gembira macam Yuna lak  masa kat Shout Award. hehehe.oiii..konsentrate laa. okeh-okeh. semula. makaseh cik mat. Allah saja yang balas jasa anda menurunkan ilmu kat blog tiffin biru itu. kalau la cek ni cikgu, anda adalah guru beso cek. banyak ilmu cek dapat dari blog itu. 

suka sangat cara anda ambik pictha walaupon tak guna dslr. suka sangat dengan penerangan step by step anda. suka sangat dengan penerangan panjang lebar anda. cek sendiri tak dapat nak type terperinci macam anda buat. respek la (sambil tabik spring nih). 

6 artis yang cek minat
  1. amelina ah ah - sebenarnya tak suka orangnya. lagu plak terminat.adessss. actually semua lagu dangdut cek layan. kecuali indon punya. paling minat layan dangdut di waktu ni. di THR GEGAR.
  2. maher zain - sapa tak minat dia, rugi laa anda.
  3. anuar zain - minat sangattttt kat rambotnya.
  4. lagu-lagu lama 80's - dulu cukup menyampah kumpulan yang bermula dengan huruf S, sekarang boleh lak layan. tanda-tanda dah tua la tu :-p
  5. aishah - paling suka Pulanglah ku merinduimu sayang.. ku menanti mu di hari raya..huhuhuk
  6. lagu-lagu popular semasa. sekarang sangat minat mendengar RED FM. 
cek bukan ada banyak pon artis peberet nih. apa-apa lagu sedap, cek layan jer. 

cc: maaf la kerana paling lambat buat tag ni.





    gambar saya bukan milik kamu tau!!

    buat pertama kali tuan tanah nak letak pictha. aduss. malu juga sebenarnya. tapi sebab ni kan blog sendiri, takkan nak guna pic cik nisa kot. takpon incik ben. tu lagi tak bleh blah. tak pasai-pasai kang kena sound dengan depa. ummi pun dah hot sebab orang pakai pictha dia dan blogger masakan yang lain. semua gara-gara tak kredit pada tuan punya pictha.

    tapi kan ummi, cek rasa la, dia tak pandai guna LINK kot. baru belajar buat blog tu. lepas ni pandai-pandai la awak menjawab dan bertanggungjawab yer wahai puan pencuri. sebab id dia ada mama,cek assume dia puan la :) pencuri is a harsh word. tapi tu la kenyataannya. awak dah ambil pictha tersebut. walaupun it just a clik away, hmm two click actually - copy and paste, but you stole people's property.

    memang patot ummi hot pun. mungkin puan mama tak tau.bukan senang nak mengambil pictha yang perfect. mau 4-5 kali shutter click baru puas hati. tu tak masuk dengan cari barang-barang dapur as a prop. ingat senang ka nak buat food stylist. orang dah makan dekat nak kenyang, kita masih dok cari angle baeeeek punya untuk tangkap gambar. jenoh otak woo pikir semua tu. masak tu mungkin tak ada masalah pada mereka. jadi, kalau nak guna tu, kredit-kreditla mereka sikit.

    cc: pictha cek hat cek la. bekenan ka? sila tangkap gambaq sendiri. lol

    notis pendek saja

    semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

    gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...