Monday, November 15, 2010

penat aku baca perangai orang macam nih

Nota
Dalam masa 25 jam dari jam 10.58 malam 13/11/2010 sehingga 11.17 malam 14/11/2010 sebanyak 121,559 orang datang melawat blog ini.

Terima kasih diatas semua komen positif dan negatif. he he

nampak sangat orang yang tulis kat atas ni gila glamer. sanggup buka pekung di dada. apa la yang dia dapat. dah la melibatkan bekas permaisuri negara. aku rasa macam kena mandrem je si aishah tu. kalau korang masih belum tau apa cerita ini, google la sendiri. i'm too sick nak bagi link. lingkop aku bleh la kasi

cc: sick attention seeker!!!!

Sunday, November 14, 2010

taman herba mak neka

skul cek dapat sponsorship dari Malaysia Airport Berhad. projek selama tiga tahun. tiap-tiap tahun akan ada projek besar. bermula tahun ni dan fokus untuk pelajar menguasai bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains.
 projek kami sekarang recycling, taman herba, tusyen, english activities dan english drama. semua berkisar pasal sains. semua guru terlibat. taman herba ni diperuntukkan rm700 tetapi dah terlajak sampai 1k lebih dah. semua pakat-pakat tolong, guru dan murid. korek tanah, tanam pokok, korek kolam, letak batu-batu untuk turapan jalan, pintu gerbang, pondok dan pagar.
 pagar memang sempoi. kreatif sunggoh. banyak kerja-kerja berat di buat oleh ustaz-ustaz. membanting tulang sunggoh depa tu. petani moden katakan.
 pokok kat atas ni pokok kapur barus. ada kenai ka? cek pon pertama kali tengok ni. semua pokok dilabelkan dalam bahasa sains dan kegunaan pokok tersebut. tak kan tak tau pokok ni untuk apa kot :-p
lidah buaya yang banyak kegunaannya

 ni lah pokok paling tinggi kat skul. dibawahnya sirih menjalar naik. cantik!!
 sirih yang melilit batang pokok dengan comelnya. dah besar kelopak nanti, boleh la kunyah-kunyah dengan pinang dan kapur :)
 pondok untuk berehat. sebenarnya pondok recycle dari pra sekolah. dah reput lantainya. dari terbiar saja, elok benarlah ambik dan gunakan. dihias dengan jala dan sarang tempua. ni la kot bila orang kata tempua bersarang rendah.

Monday, November 8, 2010

Salah makan ubatkah?

Ahad lepas cek baru dapat tidor selepas 3pagi. Semalam lak langsong tak boleh lena. Sampai lah sekarang. Mata dah sedaya upaya cuba ditutup. Tapi apakan daya. Sampai la dok celik saja.

Demam dah kebah. Batok dah lega. Selsema saja yang ada ni. Tapi kenapa tak boleh tidoq la pulak.

Cc: macam-macam penyakit bila dah tua ni.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 7, 2010

Apa cek nampak kat highway tadi

1. Bas ekspress CITRA yang berwarna purple bergandingan depan dan belakang. Pantang ada kereta yang memotong, nanti si CITRA 2 akan memotong balik untuk berada di belakang CITRA 1. Mungkin mereka di lahirkan kembar. Tak boleh berpisah walau sepelaung pon jarak antara satu sama lain. Dan gandingan mereka berjaya memastikan meter menunjukkan angka 110km/j. Pandai driver-driver bas ini. Ikot had laju. Mungkin depa lupa yang depa cuma boleh drive sampai 90km\j sahaja.

2. CITY dan VIOS yang berlumba seolah-olah jalan tu depa yang punya. Tetiba bila dah sampai area yang padat dengan kenderaan, kedua-dua kereta ni memotong dari kiri dan kanan kereta cek. Nyaris nak melanggar ESTIMA yang memberi laluan pada CITY tanpa sedar yang VIOS sedang memotong dari sebelah kiri. Istifar sebentar, kalaulah bersentuhan tadi, mau terbang macam dalam Impak Maksima. Maafkan cek wahai driver CITY dan VIOS, sempat mendoakan moga-moga hampa berlanggar sesama sendiri tadi.

3. KANCIL yang lupa yang dia sedang berada di jalan raya bukan dalam hutan. Mungkin dia juga lupa, dalam hutan tiada garisan putih di tengah-tengah. Boleh pandu ke kiri dan kanan sesuka hati. Tak pun makan jalan di sebelah kanan. KANCIL mungkin lupa, sekecil-kecilnya, bisa membuatkan lori atau bas terbabas jika tersangkut pada mana-mana bahagian badannya yang suka makan jalan orang tu.

4. Motosikal berkuasa tinggi macam BMW yang memotong dari kiri atau kanan kereta, lori, bas dengan sesuka hati. Dengan memakai jaket tertera MARSYAL, dia rasa dia la raja di jalan. Potong di tengah-tengah kereta, kadang-kadang dari sebelah kiri tanpa rasa gentar atau ragu.

Wajarlah ada yang meninggal kerana tersangkut cermin sisi lori. Mungkin dia lupa easy rider dia besar gedabak juga bukan sebesar Kris. Tunggu juga kalau-kalau ramai lagi akan menyusul dari belakang. Sampai sudah tak ada. Mungkin marsyal ni terlepas rombongan sebab dia berhenti makan.

Nota tangan: alangkah bagusnya kalau kat depan ada polis trafic menanti di tepi jalan dalam evo putih.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...