Sunday, November 7, 2010

Projek yang tak jadi

Konon-konon wekend yang panjang ni nak dihabiskan dengan kerja-kerja skola yang berlunggok. Penuh beg bawa balik segala mak nenek file dan buku. Satu pon cek tak sentuh.

Sampai kampong dengan penuh keriangan. Sangat-sangat bersyukur kerna tak terlibat dengan ayaq bah. Plan segala macam dalam kepala. Nak buat tu, nak buat ni. Sekali kena demam daaa... Nah ko..terbongkang tido ja dua hari.

Ubat pon harapkan ehsan sedara-mara. Tak bermaya nak ke klinik. Daha bagi ubat batok n flu dari hospital. Power sehh.. Dia dah pesan, ubat ni mengantok. Alhamdulillah.. Lega sket. Panadol plak ehsan dari mak. Malam tu berpeloh-peloh sebab nak kebah.

Malam ni lak flu saja melanda. Bila cari ubat flu, sudah hilang entah kemana. Aiseyyyy.. Terpaksa sedia tisu banyak-banyak. Takpa..cek pasrah....

Tapi mengenangkan kerja berlunggok menunggu...huwaaaaaaaaaaaaaa

Nota tangan: len kali buat la lagi kerja las minit



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, November 6, 2010

apakahhh!!!!!!

 apakah?????

ada bulat

ada bujur

ada putih

ada hitam gelimat

ada coklat menawan

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
ni hahh.. beryls coklat. dragess namanya. buah tangan dari adik cek semasa dia pergi ke luar negara. jauh wooo.. kat Hatyai sana.. hahahaha.. belek punya belek, beryls ni buatan malaysia, kilang kat shah alam saja. alahai adik ku.. boleh la dari tak dapat apa kan...

jangan kecewakan orang yang mencintai kamu

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.


2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.


3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.


4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.


5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.


6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.


7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.


8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.


9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.


10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.


11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.


12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi  baginya barang itu sangat istimewa.


13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.


14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.


15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’


16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.


17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.


18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.


19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.


20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.


21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.


22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.


23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

owhh .sangat sedis bila baca ini. kena ngan diri cek ka. tapi tu la. sapa-sapa pon boleh terkena kan. kalau dah kawen pon, u still have the same feeling and maybe the same behaviour.  cek dapat ni dari FB kawan. 

nota tangan: hargailah semua yang menghargai kita

Friday, November 5, 2010

mati akai dengan bodben nih.. grrrrrrrrrrrr

ingatkan bila dah coti-coti malaysia ni, nak la apdet apa yang patot. maifood dah cukup  hari tak ber apdet. pictha ada banyak. tapi cobaan nak mengaplod sudah gagal berkali-kali. nak loading pon cukup satu jam. adakah kerana ayaq bah maka semua bodben pon berubah?????

nak usha blog sendiri pon jenoh nih. apetah lagi nak berblog walking and hopping. nak up traffic? lagi lah sengal. kalau tuan tanah sendiri pon tak leh jalan-jalan kat rumah sendiri.

masa mula-mula dulu, sangatlah hebat brodben ini. hari-hari tengok you tube tanpa tersekat-sekat. siap buat sessi karaoke lagi. modem dok tunjuk 3G++ sentiasa. lama-lama terus jadi 3G, G atau E. owhhh.. sikit lama lagi, mau terus takda huruf yang keluaq.
nota tangan: hari-hari apdet cerita tanpa gambaq. ada orang ka nak baca?

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...