Tuesday, October 5, 2010

poning... poninggg

Cek dah pening nih.. Dah 5pm, tapi tak sampai-sampai rumah lagi. Lepas meting tadi, trus datang sini servis kereta. Ambil pakej 145- minyak enjin semi synthetic,oil filter, balacing n alignment tyres dan car wash. Sekejap je dia tukar minyak enjin tu. Selalu dok tunggu kat proton servis punya la lama. Kalau tak 3jam tu, kira memang bernasib baik lah tu.

Bila dia check plug, kena tukar. Rm32. Kalau kat proton 28. Gear oil plak 40, proton 20.. Proton kenakan servis labour rm1++. Kat sini labour servis dah masuk dalam harga barang tu la.

Dah tu pulak, depa panggey cek suroh pegang getah hose dekat kaburator tu. Mak aii!! Banyak nya benda macam karat-karat dalam tu. Kena cuci ni, 180. Lepas cuci kena letak coolant plak. Rm20 sebotol. Karat tu sebab kaburator tu dah ditambah air. Patutnya letak coolant saja. Dulu ada sahabat bagitau cek pasai hal ni. Memang pomen tak akan bagitau yang sepatutnya letak coolant bukan air. Dan tak semua orang yang tau pasal ni.

Dengaq ja 180, cek dah pinau mata. Adehhh.. Lagi tambah lapar perot ni. Dah la tak makan lagi ni. Tapi cuci hose ni boleh di buat kemudian. Memang enjin boleh jalan. Tapi kalau sangkut karat tu masuk dalam kaburator, mau riban-riban keluaq dwet cek.

Lepas depa test drive keta, sudah ada bunyi-bunyi lak. Rupanya kabel enjin tu dah koyak-koyak. Rm80 la pulak. Tukar 1set kabel tu. Dulu cek dok ingat tu bunyi timing belt nak kena tukaq. Rupanya bukan.sekarang bunyi-bunyi dah tiada. Harap-harap berkekalan la hendaknya.

Monday, October 4, 2010

yuuuu...hu!!!!!

ehem-ehem. blog cek sudah disenaraikan dalam incik ben blog list. dalam list yang bertajuk CONTENG DINDING. bes nya leh conteng dinding nih. tapi sekarang kalau nak conteng, depa dah boleh lap dengan kain jer kat dinding tu. semua dah pakai cat nippon paint yang boleh tanggalkan contengan :)

tq incik ben. cek akan cuba tulis hari-hari. tak cukop kat lappy, kat BB cek guna nak hapdet. hehe..
boleh kot cek tampal logo kelab blogger ni kat tepi dinding cek.

Sunday, October 3, 2010

mesej sampai muntahhhh

hari ni baru cek terasa nak godek BB yang dah 3 bulan dalam simpanan. dah tau apa tu BBM tapi saja wat derk lagi, belom sampai seru nak test power. lagipon geng-geng real life cek takda BB.

tapi geng-geng virtual cek, makk aiii.. berlambak-lambak ada BB. semua status kat FB depa aplod guna BB jer. so hari ni cek try la boh status kat FB - mencari sahabat untuk test guna BB masengger, ada kaa?

incik cae yang baek hati itu telah sudi menjadi orang pertama cek dan tukang ajar jugak. yahooo.. ni lah rupa nya kenapa BB sangat bahaya dan menjadi haram di beberapa negara. cepat jer mesej sampai. kalau nak tau lagi sebab apa diharamkan, sila google yer.

dah la free di kalangan blackberrian (term ni cek hamtam saja :P ) tapi free amenda nya. lesen BIS kena bayaq gak 30 hengget tiap bulan. so apa lagi, selagi tak mengganggu keja, chat jer sampai muntah.

BLOG LIST BEN ASHAARI OKTOBER


salam incik ben. cek ni sangat lah baru. blog masak maifood dah masuk list september lepas, jadi nak test try blog ini pula. sudilah kiranya incik ben mengambil kira penyertaan cek yang tak se gah mana nih. tq :)

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...