Saturday, December 4, 2010

penyanyi dan lagunya

rasanya dah tiga kali cek tengok 2010 american music award  (AMA) nih. gempak sunggoh persembahan masing-masing. ye lah, bila duit dah banyak. macam-macam props dan gimik awak boleh bawak naik ke pentas. tu tak masuk lagi penari latar yang bersepah-sepah diatas pentas yang sunggoh besar itu.

nak bandingkan dengan anugerah kat Malaysia? tak boleh la bang. kita bajet ciput. depa bajet juta-juta. jadi kita tengok saja dan ambil apa yang patut. jangan la ambil yang dedah atas bawah tu. tu tak seswai sangat tau. tapi tu la yang depa dok buat sekarang. pakai dedah-dedah jalan atas red carpet. mungkin dedah itu lebih sikit bajetnya dari bajet untuk props persembahan :-p
baju beginilah yang lebih menjadi pilihan artis Malaysia

sebab yang buat cek terpikat nak tengok music award ni again and again? hari-hari dengar RED FM. tiap-tiap jam akan keluar lagu yang sama. sampai boleh berhumming ikot rentak. padahal kekadang lirik lagu pon tak tau apa dia kata. rasanya semua stesen radio punya formula yang sama. ulang lagu yang popular tiap 3-4 jam.

jadi bila cek tertekan channel di starworld dan terdengar lagu yang familiar, baru lah cek tau rupa penyanyi tu. ahaks. sampai ada satu part tu cek rasa - ehh. betoi ka dia yang nyanyi. rupa tak macam suara pon :-p. cek pon naik semput bila tengok katie perry tarik lagu tak lepas.
budak kecik yang menang besar
ini pun salah satu sebab cek dok tengok AMA. NKOTB dan BSB bergabung. meletup!!! the right stuff to end the show.

p/s: semua pictha di google :) 

suatu masa dulu, korangla the right stuff!!!!!!!

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...